Wednesday, October 26, 2011

Bimbingan Dan Kaunseling


Assalamualaikum, alhamdulillah ,bersyukur kepada hadrat ilahi kerana telah memberi saya peluang untuk berkongsi ilmu serba sedikit mengenai didikan kaunseling. 

Apa itu kaunseling?
 

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. 



Tujuan Didikan dan Kaunseling diwujudkan

Fungsi kaunselor dalam proses kaunseling ialah sebagai pemandu atau penunjuk kepada klien untuk mencari jalan membuat pemilihan yang berlandaskan al-Quran, al-Hadis dan sunah nabi. Justeru itu, secara ringkas, di antara tujuan kaunseling boleh dilihat seperti berikut:




1. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang klien. Kita wajib bersimpati dan menolong insan lain yang ditimpa kesusahan. Kita sendiri memerlukan pertolongan orang lain sekiranya kita menghadapi masalah dan buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya.


2. Membantu dan memberi kefahaman kepada klien menghadapi situasi sekitar atau cabaran-cabarannya bagi membolehkan berlaku perubahan tingkah laku ke arah matlamat yang diingini untuk mencapai kebebasan Allah s.w.t. untuk membuat pelbagai pilihan dalam hidup.


3. Bertindak secara logik, waras dan atas dasar keimanan dan bukannya atas dasar hasutan nafsu atau syaitan yang dimurkai Allah s.w.t. Apabila seseorang bertindak atas dasar keimanan, sudah tentu tindakannya itu membahagiakan dirinya serta diredai Allah. Oleh sebab itu, orang yang beriman sentiasa memohon agar Allah s.w.t memberikan mereka hidayat dan sentiasa boleh membuat tindakan yang baik.



Semua tujuan kaunseling yang dinyatakan di atas itu adalah untuk melahirkan dan mewujudkan insan yang beraspirasi tinggi, berakhlak mulia dalam mencapai kesempurnaan hidup secara amr makruf iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan nahy munkar iaitu mencegah melakukan kejahatan. Amar makruf dan nahi munkar adalah wajib kepada setiap insan yang hidup. 

Antara matlamat kaunseling lain, Imam al-Ghazali menyatakan:


1. Memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif untuk menyelesaikan kerumitan-kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.


2. Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan menuruti masyarakat melalui perkembangan konsep sendiri.


3. Membekalkan pengalaman-pengalaman baru yang dapat mewujudkan peluang-peluang kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka dengan kehidupan, perbezaan untuk menimba pengalaman dengan menyatakan perasaan-perasaan mereka dan berkelakuan dengan cara-cara yang baru untuk mendapat pengalaman tersebut. Semua pengalaman baru ini akan dapat dirasai melalui perhubungan yang terjalin antara kaunselor dengan kliennya.

4. Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran serta orang lain. Tegasnya matlamat kaunseling adalah untuk membentuk individu ke arah kesempurnaan yang kemudian dapat hidup bersama-sama masyarakat dengan kehidupan yang sederhana.
Peranan agama dalam didikan kaunseling

Bebicara tentang agama terhadap kehidupan manusia memang cukup menarik, khususnya Agama Islam. Hal ini tidak terlepas dari tugas para Nabi yang membimbing dan mengarahkan manusia kearah kebaikan yang hakiki dan juga para Nabi sebagai figure konselor yang sangat mumpuni dalam memecahkan permasalahan (problem solving) yang berkaitan dengan jiwa manusia, agar manusia keluar dari tipu daya syaiton. Seperti tertuang dalam ayat berikut ini :


“Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal kebaikan, saling menasehati supaya mengikuti kebenaran dan saling menasehati supaya mengamalkan kesabaran”. (Al-Ashr :1-3)


Dengan kata lain manusia diharapkan saling memberi bimbingan sesuai dengan kemampuan dan kapasitas manusia itu sendiri, sekaligus memberi konseling agar tetap sabar dan tawakal dalam menghadapi perjalanan kehidupan yang sebenarnya.

 
“Berkata orang-orang tiada beriman:”Mengapa tiada diturunkan kepadanya (Muhammad) sebuah mukjizat dari Tuhannya?”
Jawablah :”Allah membiarkan sesat siapa yang Ia kehendaki, dan membimbing orang yang bertobat kepada-Nya.” (Ar-Ra’d :27)


Dari ayat-ayat tersebut dapat dipahami bahwa ada jiwa yang menjadi fasik dan adapula jiwa yang menjadi takwa, tergantung kepada manusia yang memilikinya. Ayat ini menunjukan agar manusia selalu mendidik diri sendiri maupun orang lain, dengan kata lain membimbing kearah mana seseorang itu akan menjadi, baik atau buruk. Proses pendidikan dan pengajaran agama tersebut dapat dikatakan sebagai “bimbingan” dalam bahasa psikologi. Nabi Muhammad SAW, menyuruh manusia muslim untuk menyebarkan atau menyampaikan ajaran Agama Islam yang diketahuinya, walaupun satu ayat saja yang dipahaminya. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa nasihat agama itu ibarat bimbingan (guidance) dalam pandangan psikologi.

Dalam hal ini Islam memberi perhatian pada proses bimbingan,. Allah menunjukan adanya bimbingan, nasihat atau petunjuk bagi manusia yang beriman dalam melakukan perbuatan terpuji.


Kepentingan Didikan  Kaunseling 

Kaunseling amat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan proses tolong-menolong di antara seseorang dengan seorang yang lain. Islam mewajibkan setiap orang yang berkuasa membantu orang yang tidak berkuasa. Setiap manusia tidak terlepas daripada pelbagai masalah hidup. Ini disebabkan fitrah manusia sudah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai makhluk yang lemah.

Hanya dengan akal fikiran sahajalah manusia boleh mengatasi kelemahan dan menentukan baik buruk tingkah laku seseorang. Sekiranya mereka lemah menguasai fikiran iaitu kuat dipengaruhi oleh nafsu syaitan, maka mereka akan bertindak di atas jalan yang dilarang oleh Allah. Sekiranya mereka bertindak dengan bijak dan dengan keredhaan Allah S.W.T. sudah pasti mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah S.W.T. sendiri mengakui yang manusia menghadapi pelbagai masalah hidup sebagai percubaan dari-Nya. Sebagaimana firman Allah:

Maksudnya:

“Allah ingin memberikan keringanan bagimu kerana manusia itu dicipta bersifat lemah”



Pusat Pemusatan PCC


Sifat manusia

1) Manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan kendiri.
2) Berupaya memberi nilaian positif kepada pengalaman yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi pengalaman yang dirasakan sebagai negatif baginya.
3) Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan saling percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami.
4) Dapat mengasingkan hasil pengalaman yang positif dan negatif.
5) Boleh menerima / menolak dan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukan konsep kendirinya.
6) Desakan dalaman bergerak ke arah kesejahteraan kendiri.

Tiga Suasana yang perlu ada pada kaunselor
  • Keredhaan , kejujuran, keihlasan, dan kebenaran.
  • Penerimaan tanpa syarat
  • Kefahaman yang mendalam / empat
Matlamat Kounseling PCC
  • Kesediaan meneria klien dan mengalami realiti yang sebenar.
  • Yakin akan diri sendiri.
  • Kaunseli akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran sendiri.
Ciri-ciri Kaunseling PC
  • Penglibatan klien yang aktif dalam meneroka masalah.
  • Kemampuan untuk berkembang (emosi, intelek).
  • Perkembangan berlaku dalam suasana mesra, permisif dan penuh kefahaman,
Peranan Kaunselor Yang Mengaplikasi PCC
  • Fasilitator
  • Mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan.
  • Membantu klien agar tidak lagi bersifat membela diri defensive bagi setiap tingkahlakunya.
  • Memperlihatkan kepada klien bahawa ia dianggap sama taraf dengan dirinya.
Teknik & Tatacara Kaunseling
  • Perhubungan yang bersifat ketulusikhlasan, kejujuran, ketulenan, kesediaan menerima tanpa syarat.
  • Berkeupayaan berempathi secara tepat
  • Mendorong Individu bergerak ke arah memperkembangkan diri menuju nirwana kendiri.












Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang yang positif.

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat

Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad; semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.


2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan

Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh

Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Seperti pesanan Paul Getty; untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!

4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Sentiasa Mencari Jalan Membaiki Diri

Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan dengan bersungguh-sungguh untuk membaiki kehidupannya.
Selaras dengan itu, Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata:“Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia.”
6. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah dalam keadaan yang mengaibkan.
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan fikiran terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insyaAllah rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin (wakil rakyat).
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh

Orang yang positif tidak gemar dengan sikap berputus asa. Orang positif memandang sesuatu kegagalan itu di sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruknya mereka jatuh, akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. InsyaAllah.


Tuesday, February 1, 2011

Kekayaan Facebook

Membongkar Rahsia Kekayaan Facebook


Saya juga seperti anda, menjadi pengguna setia FACEBOOK untuk bersosial. Walaupun kita guna free dan tak bayar apa-apa, tetapi pemiliknya Mark Zuckerberg (26 Tahun, seorang Yahudi) menjadi Billionaire dalam masa lapan (8) bulan sahaja. Bagaimana mereka dapat duit? Siapa yang bayar? Pelik bin Hairan kan?…
Di sini saya akan bongkar rahsia kekayaan mereka.
Tanpa kita sedar, kitalah sebenarnya bertanggungjawab memberikan kekayaan kepada mereka. Fahami betul-betul :-
* Setiap ‘KLIK’ kita itu mendatangkan satu ‘HIT’ kepada laman web tersebut.
* Satu ‘HIT’ menggambarkan satu VISITOR/Pengunjung.
* Apabila sebuah web free ini mempunyai ‘VISITOR’ yang ramai, bermaksud mempunyai TRAFIK yang tinggi.
* Trafik yang tinggi menentukan ‘RATING’ web tersebut. Oleh kerana kita selalu KLIK pada Facebook , Facebook mendapat rating No. 2 selepas GOOGLE.
* RATING ini menjadi perhatian dan tarikan kepada Syarikat Gergasi seperti BMW, SHELL, MCD, KFC… dan lain-lain untuk mengIKLANkan produk mereka di web tersebut. Syarikat ini tidak bimbang untuk membayar kos yang sangat banyak untuk PENGIKLANAN di laman web tersebut.
.
Formula : KLIK – HIT – VISITOR – TRAFIK – RATING – IKLAN – $ $ $ $
Sekalipun kita membantu laman web ini menjadi popular dan mendapat rating yang tinggi, kita tidak menerima apa-apa imbuhan. Betul kan? Anda seperti seorang pekerja gembira yang Tidak Berbayar…
Tetapi kami bersamaads4bucks mengajak anda bersama-sama kami mempopularkan web iklan dan laman sosial tempatan melalui program Affiliate yang telah disertai lebih dari 70,000 orang di seluruh dunia. Semestinya anda dibayar komisyen yang sangat lumayan melalui Program Daily Income sehingga mencecah RM960 sehari.
Oleh kerana program ini terbuka kepada semua orang, saya mempelawa anda untuk bersama-sama komuniti kami menjana pendapatan. Bersama-sama kita JIHAD EKONOMI.
* Terkini… Nilai kekayaan Zuckerberg hampir AS$14 Billion (RM42.92 Bilion)

Thursday, January 27, 2011

Beza Antara Iphone Ori Dengan Iphone China....! ! !



  1. iPhone asli tidak menyertakan batere cadangan, sedangkan CiPhone ada batere cadangan.
  2. tidak terdapat lapisan plastik pelindung pada body iPhone asli karena pada dasarnya memang sudah terbuat dari bahan anti gores.
  3. iPhone asli TIDAK DUAL SIM ! beda dengan CiPhone yang terkadang ber Sim Card 2
  4. Apple iPhone 3Gs yang asli berkamera 3,15 MP sedangkan CiPhone hanya VGA atau bagkan CIF...
  5. Bagian bawah iPhone 2G or 3G ASLI untuk DOCK dan CHARGER lebih LEBAR seperti socket Apple iPod. Sedangkan lubang CHARGER iPhone PALSU kebanyakan seperti lubang USB Kecil.
  6. NGAT secara dimensi keseluruhan iPhone Asli dan Tiruan adalah sama, kecuali yanga memiliki DUAL SIM CARD agak tebal.
  7. PERHATIKAN LAYAR SENTUHNYA. Apple iPhone ASLI memiliki layar yang lebar hampir berdempetan dengan tombol BACK iPhone.Sedangkan yang tiruan hanya menggunakan layar sentuh sebesar PDA pada umumnya.
  8. iPhone yang asli dengan yang buatan cina akan terlihat apabila kita buka aplikasinya. Jika kita lihat di Iphone yang asli ada aplikasi seperti iTunes, Maps, App Store dan lainnya.sedangkan pada iPhone cina tidak terdapat itu, yang ada adalah aplikasi "mirip" aplikasi khas iPhone tapi dengan bentuk icon yang tentu saja beda.
  9. pada layar kaca touchscreen di iPhone yang asli jika disentuh akan terasa lebih keras dibandingkan dengan iPhone buatan dari cina. Kalo CiPhone layarnya jika disentuh akan terasa empuk dan terasa seperti menyentuh plastik.
  10. Jika kita lihat iPhone buatan cina, perpindahan screen dari satu halaman ke halaman lain hanya terjadi satu kali perpindahan saja (apabila di slide menggunakan jari).Berbeda dengan iPhone yang asli, jika di slide dengan jari 1 kali saja, perpindahan dari halaman menu satu ke halaman menu yang lainnya akan lebih mudah seperti menggunakan trackball pada BlackBerry.
  11. Yang asli akan terlihat warna logo iPhonenya putih ke abu-abuan, bukan putih sekali atau abu-abu saja.
  12. dilihat dari kelengkapannya,pada CiPhone kadang ada touchpen dan speaker (yang sebenarnya speakernya dijual terpisah).
  13. dan sebenarnya masih banyak perbedaan lain yang akan sangat jelas terlihat yang bisa dipelajari sendiri kalo dah ngerti "rambu-rambu" diatas...... 

iPhone Rekondisi

yang pasti kita cuman bisa cek dari fisik, Salah satu dari Point dibawah apabila meragukan, dapat pertanda potensial iPhone Refublish :

Note : Refublish bukan hanya 8GB saja !!!

  1. S/N & IMEI, cocokan dari Software iPhone (cek di Setting - General - About) dengan di belakang body iPhone & box iPhone. Note : Font S/N & IMEI yang ditulis dengan Craft Laser harap diperhatikan.
  2. Khusus IMEI, karena dapat di-ubah dengan software, mau test IMEI itu asli? pertama hapus dahulu baseband-nya, lalu restore kembali, setelah unlock, itulah IMEI aslinya.
  3. Bezel (iPhone ring) & iPhone Rear Cover harus Mulus ! - meski bisa diganti baru ama yang me-refub.
  4. LCD Seal harus masih rapi (meski dapat di-seal kembali)
  5. Earphone Cable, Cable Data & Docking harus bersih & dalam seal plastic (kalo kotor, berarti bekas pakai) --- Note : Earphone iPhone ada microphone-nya
  6. BOX juga harus diperhatikan, sticker tulisan S/N & IMEI yang original dari Apple adalah putih keabu2an, bukan putih sekali.
  7. Beberapa LCD seal sudah tidak rapi (terlihat ditempel ulang)
  8. Beberapa S/N & IMEI ngaco, alias tidak sama antara sofware iPhone dengan S/N & IMEI yang tertulis di body belakang iPhone. (beberapa juga beda dgn box)
  9. S/N iPhone banyak yang ngaco, S/N iPhone ada artinya.
  10. Beberapa Sticker S/N & IMEI iPhone di box iPhone Palsu ! Font warna Putih sekali, berbeda dengan Box iPhone asli yang berwarna putih keabu2an.
  11. Ada Earphone yang adalah Earphone iPod (tanpa Microphone)
  12. Cable Data bukan original Cable data iPhone.
  13. Beberapa Box palsu alias dibuat sendiri (posisi logo iTunes salah)
  14. iPhone Rear Case ! harus mulus (perhatikan pinggir list-nya, batas dengan Bezel !)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Manchester United Glory